Jumaat, 1 November 2013

PERISTIWA AKHIR ZAMAN [KOD 13 – ANGKA KERAMAT]






Mungkin ramai yang tidak tahu lagi mengenai misteri angka 13, di sini saya akan membongkar misteri angka 13 dan kaitannya dengan dunia Islam. Angka 13 ialah angka keramat bagi umat Islam, angka ini dianggap ajaib bagi pengkaji-pengkaji dunia akhir zaman.

Seperti kata Murabbi Syeikh Zainol Asri, orang kafir termasuk yahudi, kristian, cukup anti dengan angka 13 sehinggakan orang cina sendiri pun cakap angka 13 ialah angka yang tidak baik bagi fahaman mereka.

Akan tetapi bagi umat Islam, angka 13 adalah angka keramat dan dianggap angka ajaib lagi beruntung. Di sini saya akan mengupas dan menyebarkan misteri angka 13 melalui hujah-hujah Murabbi Syeikh Zainol Asri, Mudir Maahad Darul Hadis.

  1. Sedar tak kita, rukun sembahyang ada 13 rukun kesemuanya?
  2. Masa peperangan Badar, umat Islam menang dalam peperangan itu dengan hanya anggotanya 313 orang sahaja berbanding orang kafir yang anggotanya melebihi 1000 lebih tentera kafir. Dan juga masa peperangan Badar berlaku pada tahun 625M. 6+2+5 = 13 ???
  3. Tahukah kita bahawasanya nama Imam al-Mahdi ada 13 huruf dalam ejaan arab?   محمد عبدالله المهدي = 13 huruf.
  4. Bermulanya awal Muharram 1435. 1+4+3+5 = 13 ???
  5. Baru-baru ni PRU 13 tahun 2013. Tarikh PRU 13 ialah 3/4/2013.      3+4+2+0+1+3 = 13???
  6. Sultan Kedah sultan pertama yg menjadi YDP Agong kali ke-2 dan juga hari kelahiran YDP Agong kali ke-85. 8+5 = 13???




Zaman sekarang bermula daripada 1 Muharram 1435H (5 November 2013) ialah zaman kemenangan Islam akan bangkit. Nyata Imam al-Mahdi akan muncul tidak lama lagi, sama ada setahun, dua tahun lagi, hanya Tuhan yang tahu.

Walaupun ramai yang mempertikaikan kesahihan Murabbi Syeikh Zainol Asri, Mudir Maahad Darul Hadis. Pelbagai tohmahan dilemparkan kepada beliau, tetapi kita boleh ambil selagi mana ada kebaikan.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan