Ahad, 24 November 2013

The Day Of The Judgement

Apakah yang dimaksudkan dengan "The Day Of The Judgement"? Di sini saya akan mengupas mengenai HARI PENGHAKIMAN. Dimanakah hari penghakiman? Semestinya hari penghakiman yang sebenar adalah di akhirat nanti. Ia akan diadili secara adil seadilnya oleh Sang Pencipta.

Di sini saya akan memberi beberapa gambaran yang jelas mengenai hari yang sangat ditakuti oleh semua makhluk yang bernyawa. Cuba kita bayangkan satu persatu..bayangkan......

1- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail (Malaikat pencabut nyawa) pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

5- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

14- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

15- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

18- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah SOLAT. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

21- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

22- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

24- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

25- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

26- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya anda ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞


  Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

BERSEDIAKAH KITA JIKA BERLAKUNYA ESOK? DENGAN AMALAN YANG SANGAT2 SIKIT. BAGAIMANA UNTUK KITA MENJAWAB TENTANG AMALAN2 YG TELAH DILAKUKAN?

F.I.K.I.R SEJENAK

Jumaat, 1 November 2013

PERISTIWA AKHIR ZAMAN [KOD 13 – ANGKA KERAMAT]






Mungkin ramai yang tidak tahu lagi mengenai misteri angka 13, di sini saya akan membongkar misteri angka 13 dan kaitannya dengan dunia Islam. Angka 13 ialah angka keramat bagi umat Islam, angka ini dianggap ajaib bagi pengkaji-pengkaji dunia akhir zaman.

Seperti kata Murabbi Syeikh Zainol Asri, orang kafir termasuk yahudi, kristian, cukup anti dengan angka 13 sehinggakan orang cina sendiri pun cakap angka 13 ialah angka yang tidak baik bagi fahaman mereka.

Akan tetapi bagi umat Islam, angka 13 adalah angka keramat dan dianggap angka ajaib lagi beruntung. Di sini saya akan mengupas dan menyebarkan misteri angka 13 melalui hujah-hujah Murabbi Syeikh Zainol Asri, Mudir Maahad Darul Hadis.

  1. Sedar tak kita, rukun sembahyang ada 13 rukun kesemuanya?
  2. Masa peperangan Badar, umat Islam menang dalam peperangan itu dengan hanya anggotanya 313 orang sahaja berbanding orang kafir yang anggotanya melebihi 1000 lebih tentera kafir. Dan juga masa peperangan Badar berlaku pada tahun 625M. 6+2+5 = 13 ???
  3. Tahukah kita bahawasanya nama Imam al-Mahdi ada 13 huruf dalam ejaan arab?   محمد عبدالله المهدي = 13 huruf.
  4. Bermulanya awal Muharram 1435. 1+4+3+5 = 13 ???
  5. Baru-baru ni PRU 13 tahun 2013. Tarikh PRU 13 ialah 3/4/2013.      3+4+2+0+1+3 = 13???
  6. Sultan Kedah sultan pertama yg menjadi YDP Agong kali ke-2 dan juga hari kelahiran YDP Agong kali ke-85. 8+5 = 13???




Zaman sekarang bermula daripada 1 Muharram 1435H (5 November 2013) ialah zaman kemenangan Islam akan bangkit. Nyata Imam al-Mahdi akan muncul tidak lama lagi, sama ada setahun, dua tahun lagi, hanya Tuhan yang tahu.

Walaupun ramai yang mempertikaikan kesahihan Murabbi Syeikh Zainol Asri, Mudir Maahad Darul Hadis. Pelbagai tohmahan dilemparkan kepada beliau, tetapi kita boleh ambil selagi mana ada kebaikan.





Ahad, 20 Oktober 2013

Hukuman Qisas ke atas tentera syiah




Hukuman Qisas ini dilakukan di Syria baru-baru ini ke atas tentera Assad syiah oleh FSA mujahideen Syria. Takbir ALLAHU AKBAR!!

APA ITU QISAS :
Hukuman Qisas ialah kesalahan yang dikenakan hukuman balas. Membunuh dibalas dengan bunuh (nyawa dibalas dengan nyawa), melukakan dibalas dengan melukakan, mencederakan dibalas dengan mencederakan.

DEFINISI :
Kata “qisas” (قصاص) berasal dari bahasa Arab yang bererti “mencari jejak”, seperti “al-qasas“. Sedangkan dalam istilah hukum Islam, maknanya adalah pelaku kejahatan dibalas seperti perbuatannya, apabila ia membunuh maka dibunuh dan bila ia memotong anggota tubuh maka anggota tubuhnya juga dipotong. [1] Asy-Syarhu al-Mumti’: 14/34.

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman Qisas ialah :
a) Membunuh orang lain dengan sengaja.
b) Menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain
dengan sengaja.
c) Melukakan orang lain dengan sengaja.

Hukuman membunuh orang lain dengan sengaja wajib dikenakan hukuman Qisas ke atas si pembunuh dengan dibalas bunuh.

Sepertimana firman ALLAH SWT yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman ,diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh.”
(Surah al-Baqarah : 178)

Jumaat, 18 Oktober 2013

PERANG AMERIKA - SYRIA



Kapal USS Nimitz Digerakkan ke Laut Merah...Perang Makin Hampir...


Kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear USS Nimitz ( CVN 68 ) dan kapal-kapal lain digerakkan menuju ke arah barat Laut Merah menjadi petanda bahawa Amerika Syarikat memang 'serius' untuk menyerang Syria dalam masa terdekat dengan alasan misi keamanan..Walaubagaimana pun baru-baru ini Presiden AS Barrack Obama mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa Amerika Syarikat akan membatalkan serangan ke atas Syria.





Dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Muslim & lainnya dari Abu Hurairah R.A. 

Nabi S.A.W bersabda : Tidak akan terjadi kiamat, hingga Romawi akan datang ke daerah Al-A'Maq.


Bangsa Romawi ialah bangsa Eropah ataupun Amerika. Di manakah daerah Al-A'Maq? Al-A'Maq iaitu daerah dekat Aleppo di Syria pada masa kini.


(Sedarlah wahai pemuda-pemudi sekalian, kita semua manusia di hujung dunia, pintu taubat masih terbuka, berdoalah untuk saudara2 kita di luar sana yg memperjuangkan ISLAM, di hati mereka hanya ada ALLAH sebagai penolong, jangan terleka dengan filem2 gangster melayu yg xde faedah, filem melayu seram yg bodoh, drama korea yg panjang berjela)



KEDATANGAN PANGLIMA ISLAM & AD-DAJJAL SEMAKIN HAMPIR




Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya. Dan ia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.” (HR. Muslim dan Ahmad)




Kedatangan Imam Mahdi semakin hampir di abad ini, jelas kemenangan akan berpihak kepada Islam selama 7 atau 8 atau 9 tahun, selepas itu zaman kegelapan akAn muncul dengan kedatangan Dajjal bersama 70 000 org yahudi dari kota Asfahan, Iran. 





Bertepatan dgn hadis Nabi :
Rasulullah SAW telah bersabda: “Dajjal itu akan keluar dengan diikuti bersamanya Yahudi dari Esfahan (sebuah wilayah di Iran) seramai 70 000 org, mereka itu memakai Tayalisah (jubah-jubah yang besar)”.
[2944, Sahih Muslim]





Kemunculan Imam Mahdi akan di dahului oleh beberapa tanda-tanda seperti yang berlaku sekarang iaitu konflik di timur tengah, Mesir, Syria, Iraq, Afghanistan, Palestin.







Kemunculan Imam Mahdi juga akan di dahului oleh beberapa tanda-tanda sebagaimana yang disebutkan dalam beberapa hadist berikut:


Telah bersabda Rasullah SAW:

“ Sungguh, Baitullah ini akan diserang oleh suatu pasukan, sehingga apabila pasukan tersebut telah sampai pada sebuah padang pasir, maka bagian tengah pasukan itu ditelan bumi. Maka berteriaklah pasukan bagian depan kepada pasukan bagian belakang, dimana kemudian semua mereka ditenggelamkan bumi dan tidak ada yang tersisa, kecuali seseorang yang selamat, yang akan mengabarkan tentang kejadian yang menimpa mereka. (HR. Muslim, Ahmad, Nasai, dan Ibnu Majah)





Adakah Makkah akan diserang dalam masa terdekat? 

Wallahu 'alam.




Style kan Mujahideen Syria..Guna Ipad untuk ukur ketepatan senjata..Sesungguhnya bumi Syam ( Syria ) ada keberkahan selepas Makkah, Medina, Palestin..yoshhh